Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk
solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan
pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan,
berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di
tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti
baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu
seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di
perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan
mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu
mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak.
Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk
masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu
berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang
ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke
masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu
merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh
keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa
seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’
--> "Jangan abaikan suatu niat baik
yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita
perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik
tersebut."
No comments:
Post a Comment