Wednesday, August 28, 2013

Siapa Bakal Imam ku?

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

[sekadar gambar hiasan]

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

In shaa Allah...doakan yang terbaik untuk segalanya...amiinn.. :)

Friday, August 23, 2013

Kisah pemuda & niat sucinya

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang
ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’

--> "Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut."


Projek Pemuliharaan Penyu Mak Kepit, Pulau Redang, Terengganu.

Student interns TUMEC melawat ke tapak Projek Pemuliharaan Penyu Mak Kepit, Pulau Redang, Terengganu.

 Kami 4org je students Universiti Malaysia Sabah yg brpeluang buat praktikal kt Pusat Penyu dan Ekosistem Marin / TUMEC di Rantau Abang, Terengganu. Ada lg 2org students UITM Perlis, & sorg dari UMT. [semua pompuan, sorg je lelaki]

7 Julai 2013: Setelah sekian lama duk terperuk kt opis...baru ni la dpt keluar outstation...[tapi time ni students dari uitm belom mndftar lg, so kitorg pegi ber-4 je ni]
pengalaman prtama memegang baby2 penyu memang sangat3x menyeronokkan ! geram pun ade ! rasa mcm nak picit2 je dorang...omeyy angatt ~~

Tujuan trip ni utk belajar serba serbi cara menguruskan tapak penetasan...sistem merekod data sarang, dsb...

Yang paling utama, kitorg nk skodeng penyu bertelur !! hehe...

otw ke P.Redang, naik dari jeti Kg. Merchang.

cantik giler scenery dia !

ternganga tengok air laut dia. biru firus seyhh~

ni pantai Mak Simpan,

ni pantai Mak Kepit, tempat tanam telur penyu

mlm tu, tengah syok berborak tepi pantai dgn Tn.Syed (pengarah Tumec) & Cek Pa (pengurus tapak penetasan), deme2 ni pun keluo senyap2 dari sarang. heheh...nasib baik mata ni tajam, nampak le dorg tgh terkedek2. apa lagi, tangkap dia! ready utk buat running test malam2 buta..

ni sekor trtinggal..dh siang baru dia nk keluo pi laut...apa daa...huhu. All da best my cute turtle! have a safe journey & take care~

ni la ibu penyu yg naik bertelur malam tu...dia comel...dan besar. erm.

Kitorg tido 1 malam je kt sini, [aku x tido pun, excited lepak tepi pantai tunggu penyu naik sambil kira bintang]. Keesokannya kitorg pun balik ke Tumec...
Banyak lg moments indah utk dikenang, simpan senyap2 dlm memori.... :)

Pesanan penaja

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Dalam entry yg sebelum ni saya aku (lebih mesra kot) ada story pasal salah satu contoh hadis palsu yg dah lama digunapakai dalam kalangan masyarakat melayu am nya. Hakikatnya, hadis tersebut adalah dhaif @ tidak sahih.

So, bagi yg dh tahu tu tak perlu lah rasenye digunakan lagi hadis tu, hatta dalam mana2 situasi sekalipun... lebih elok kiranya kita guna hadis yg lebih sahih. TAPI,,, kalau nak gunakan pun boleh...asalkan tak menyebutnya sebagai hadis nabi...sebab Nabi s.a.w. tak pernah bersabda sedemikian.

Ada lagi beberapa hadis yg dinafikan kesahihannya, hadis2 seperti itu bukan yg disabdakan oleh Nabi s.a.w., tetapi diucapkan oleh para sahabat....itu agaknya yg menyebabkan kekeliruan dlm masyarakat.

Wallahua'lam...

Hadis palsu yg tersebar dalam masyarakat !


"Tuntutlah ilmu walaupun hingga  ke negeri China."

Kedudukan Hadis:
Ini adalah hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu oleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhu’at[1]. Pembaca juga boleh melihat buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin untuk mendapat maklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritik juga oleh pengkaji hadis  seperti Ibnu Tahir al Maqdisi (507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[5].

Ulasan:
Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan pada hakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelas dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihan mereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf golongan yang berilmu contohnya:

Maksudnya : ALLAH mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat[6].

Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmu antaranya seperti hadis:

Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga[7].

Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim [8].

Telah diketahui umum bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan dalam kehidupan umat Islam. Apa yang ingin saya sebutkan di sini adalah kesalahan menggunakan hadis palsu dalam menyatakan sesuatu perkara yang telah sedia ada dalam Islam sama ada di dalam Al Quran atau hadis-hadis sahih. Tindakan menggunakan hadis palsu ini boleh menjadikan kita lupa bahawa ayat Al Quran atau hadis sahih sudah pun memadai dan mencukupi untuk kita menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Berhati-hatilah dalam menggunakan sesuatu hadis. Pastikan bahawa hadis tersebut adalah sahih sebelum menggunakannya sebagai dalil atau hujah.

Wednesday, August 21, 2013

Ucapan Perasmian Blogger Baru. Ahoyy~

Testing2x...one two three..a b c...alif baa taa...
[Fuhh! walawey... wa dh start berblogging... ehem!]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya selaku pengarah, merangkap penulis waima editor blog ini, dengan ini merasmikan pembukaan blog ini buat julung2 kalinya [bunyi paluan kompang & rebana]. Maka, di sinilah bermulanya taipan demi taipan papan kekunci Acer Aspire 4741G milik si budak cun comel bernama Alicia Keys (bukan nama sebenar).

Sebenarnya blog ni dh lama dibuat...sejak taon 2011 lg...cuma belum secara oficial lg perasmiannya...[perlu ek? haha]. 

Mase dulu2 tu buat blog saje2 jer...tengok orang lain ade blog, kite pun nak buat jgk..padahal xde keperluan pun sebab xde bende nak share...

Sekarang ni dh start berblogging, pun sebab tengok orang lain ade blog, so kite pun nak berblog jgk...walaupun xde bende sangat nak di share... [so, apa beza dulu & sekarang ? haa...haha]

Sebelum2 ni aku aktif berfacebook jer...mmg x layan la blog ke twitter ke ape ke...
TAPI,
ade satu mase ni aku godek2 la kt internet...tetiba trjumpa satu artikel ni, kate nye:


Facebook tingkatkan kemurungan
hah ? ape cer ? baca ni.

DETROIT: Satu kajian mendapati kegemaran melayari Facebook hanya akan meningkatkan kemurungan, manakala semakin banyak masa dihabiskan ‘menghadap’ laman sosial itu, semakin meningkat pula perasaan tidak puas hatinya terhadap kehidupan.

Kajian yang dikendalikan penyelidik Dr Ethan Kross dari Universiti Michigan dan Dr Philippe Verduyn di Universiti Leuven Belgium disiarkan Public Library of Science mendapati, mereka yang menghabiskan terlalu banyak masa di laman sosial itu lebih terdedah kepada emosi yang negatif.
Kajian sebelum ini juga menunjukkan Facebook sering dikaitkan dengan perasaan cemburu, ketegangan sosial, pemencilan diri dan kemurungan.

“Di atas skrin, Facebook menyediakan sumber tidak yang banyak untuk memenuhi keperluan asas manusia dalam hubungan sosial, namun kami mendapati kekerapan melayari laman sosial itu memberi hasil yang negatif dan bersifat merosak,” kata Dr Ethan Kross yang dipetik akhbar Daily Mail.

Apa yang pasti kata beliau, rakan maya tidak akan dapat menggantikan rakan di alam nyata.

Di dalam kajian yang dijalankan, penyelidik merekrut 82 pelayar Facbook, kebanyakannya berusia 20-an, sebagai responden untuk dipantau kegiatan mereka selama dua minggu dan membuat laporan lima kali sehari, bagi soal selidik selain pemantauan tahap minda masing-masing.

“Apabila keputusan dianalisis, kami dapati semakin kerap responden menggunakan Facebook, semakin teruk jawaban soal selidik yang dinyatakan,” katanya.
Dr Kross berkata kajian mendapati manusia lebih bahagia dan ketawa 50 peratus lebih kerap apabila berbicara secara bersemuka atau dengan rakan melalui kamera web, berbanding hanya menggunakan jaringan sosial.

“Sebaliknya semakin kerap seseorang melayari Facebook, kepuasan mereka terhadap kehidupan mereka berkurangan pada kadar yang besar.

“Penemuan daripada kajian ini adalah sangat penting kerana ia menjelaskan pengaruh jaringan sosial terhadap hidup dan kehidupan bermasyarakat,” kata penulis bersama kajian, John Jonides, seorang pakar saraf kognitif di Universiti Michigan.

[sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Facebooktingkatmurung/Article/]

p/s: macam ade benarnya di situ yer... [hurm..org dia yg cipta fb, org dia jgk yg kate x bagus...ha, elok sgt dah tu]

Oleh itu.... aku pun mula beralih pd Twitter...tp aku tengok si pengicau (baca: twitter) ni pun lebih kurang jer..mcm lg bosan ade la. [so, apa beza facebook & twitter ? haa..haha]

Actually, aku berterima kasih jgk la pd Encik Facebook nie..sebab melalui fb la aku bnyk tahu mgenai apa2 yg brlaku diluar pgetahuan aku...baik di luar negara, dlm negara, mahupun dlm hubungan trdekat sekalipun..
Contohnya, melalui fb la aku dpt tahu skandal si dia..haa..ayokkk~ tapi Alhamdulillah la sebab Allah nak tunjuk ape yg aku patut tahu dari dulu lg...skrg bende pun dh settle, harap x berulang lg...jgn cari nahas ye labu...

Then aku buat keputusan utk jenguk2 tapak projek kt blog yg dh terbengkalai brkurun lamanye ni...

Dan ini lah hasilnya...dah rasmikan dah punn...
[harap2 bukan la mcm hangat2 taik ayam yer...]
Sekian, terima kasih pd yg sudi luangkan masa di sini... :)

Ade mase trluang baru sy update lg yer...huhu..chow dlu 'KEJAP'.. 

Stay tuned!